...

RANCANGAN FIZIKAL NEGARA (RFN)

PENGENALAN

Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) merupakan asas perundangan di dalam penyediaan Rancangan Fizikal Negara. Bagi memastikan kesesuaian dan perubahan dengan keperluan semasa, Sub-Seksyen 6B (4) Akta 172 menetapkan keperluan RFN untuk dikaji semula setiap lima tahun selaras dengan Kajian Semula Rancangan Malaysia Lima Tahun, atau apabila diarahkan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN).

RFN Ke-2 menyediakan rangka kerja strategik jangka panjang bagi polisi spatial negara dan langkah-langkah diperlukan dalam membentuk halatuju dan corak gunatanah, pemuliharaan biodiversiti dan pembangunan fizikal sehingga tahun 2020 bagi Semenanjung Malaysia. Polisi perancangan yang disenaraikan disertai dengan pelan indikatif , termasuk pelan indikatif perancnagan sektoral mengikut negeri seperti pelan pembangunan rel berkelajuan tinggi, dan pelan rangka spatial negara untuk menyokong dan menterjemahkan strategi perancangan yang dibentuk.

Ianya diharap menjadi rujukan utama diperingkat agensi kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri sebagai panduan dalam membangunkan negara dan penyediaan peruntukkan serta di peringkat agensi tempatan dalam mengawal pembangunan dan pentadbiran tanah. Maklumat berhubung unjuran penduduk dan pelan perancangan penyediaan infrastruktur dan kemudahan awam juga di harap dapat membantu sektor pemajuan hartanah swasta dalam merangka projek pembangunan untuk meningkatkan pelaburan negara.

Perancangan spatial adalah suatu proses yang kompleks. Ianya melibatkan pelbagai bidang dan dasar yang berkaitan dengan pelbagai sektor dan pihak-pihak yang berkepentingan seperti sektor perkhidmatan utiliti dan penglibatan daripada sektor swasta. Perancangan fizikal yang berkesan adalah melibatkan penyertaan daripada pendekatan “top-down” dan “bottom-up’. Dalam penilaian semula RFN Pertama, perkara utama yang diambilkira ialah mendapatkan maklum balas secara diskursif dan konsultatif daripada semua agensi kerajaan dan pihak-pihak yang berkepentingan. Ia adalah bertujuan untuk meningkatkan sistem pengurusan bandar yang terbaik (‘Good Governance’) dan penglibatan awam dalam perancangan yang berkesan.

MATLAMAT

Pembentukan Satu Rangka Spatial Negara Yang Efisien, Saksama dan Mampan Untuk Memandu Pembangunan Keseluruhan Negara Ke Arah Mencapai Tahap Negara Maju dan Berpendapatan Tinggi Menjelang Tahun 2020

OBJEKTIF

  • Merasionalisasi Dan Menyediakan Rangka Kerja Perancangan Spatial Negara Dengan Disokong Oleh Infrastruktur Strategik Untuk Mencapai Ekonomi Yang Efisien Dan Berdaya Saing Global
  • Mengoptimum Penggunaan Tanah Dan Sumber Asli Untuk Mencapai Pembangunan Mampan Dan Pemeliharaan Biodiversiti
  • Menggalakkan Pembangunan Wilayah Seimbang Bagi Integrasi Spatial Dan Perpaduan Negara
  • Meningkatkan Kualiti Spatial Dan Persekitaran, Keselamatan Dan Kepelbagaian Untuk Mencapai Kualiti Hidup Yang Tinggi
  • Mengintegrasikan Hubungan Antara Negeri Yang Lebih Efisien Dan Peruntukan Ruang Awam Bagi Interaksi Sosial Dan Komuniti Mampan Selaras Dengan Konsep 1 Malaysia

Sumber diperolehi dari Laman Web Rasmi JPBD Semenanjug Malaysia di http://www.townplan.gov.my

# MYHRMIS MOBILE # # # # # # # # # # # #
#
PlanMalaysia - Rancangan Struktur Yang Telah Diwartakan Mengikut Negeri # #
#
# # # # # Freedom of Information

Privacy Policy