...
  • ...
  • ...
  • ...
  • ...
  • ...
  • ...
  • ...
  • ...
  • ...
  • ...
  • ...
  • ...
  • ...
  • ...
  • ...
  • ...
  • ...
...1 ...2 ...3 ...4 ...5 ...6 ...7 ...8 ...9 ...10 ...11 ...12 ...13 ...14 ...15 ...16 ...17
Pengumuman Terkini
DAULAT TUANKU ! Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku. 3 Jun 2024 Bersamaan 25 Zulkaedah 1445H Sembah Takzim Daripada: Pengarah dan seluruh warga kerja PLANMalaysia Melaka.
01-01-2024 » 31-12-2024
Garis Panduan Perancangan (GPP) Perumahan Negeri Melaka telah disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka (PLANMalaysia Melaka) dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan dan Agensi Kerajaan serta pihak-pihak berkepentingan dalam merancang, mereka bentuk dan menyediakan kawasan perumahan sejahtera, bahagia dan inklusif. GPP ini telah dibentang dan diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Melaka Bil. 2/2023 bertarikh 6 Julai 2023. Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Melaka Bil. 1/2024 bertarikh 4 Mac 2024 telah bersetuju pemakaian GPP ini berkuat kuasa mulai 1 April 2024. Dokumen GPP ini boleh diperolehi di Kaunter Khidmat Pelanggan, PLANMalaysia Melaka mulai 2 April 2024.
02-09-2024 » 31-12-2024
Permohonan latihan amali/industri boleh dikemukakan menerusi emel jabatan [email protected] atau hantarkan resume dan surat permohonan ke alamat jabatan.
Media storan merupakan peralatan elektronik yang digunakan untuk menyimpan data dan maklumat seperti disket, cakera padat, pita magnetik, optical disk, flash disk, CDROM, thumb drive dan media storan lain. Langkah-langkah pencegahan hendaklah diambil oleh semua pegawai PLANMalaysia@Melaka untuk memastikan kerahsiaan, integriti dan kebolehsediaan maklumat yang disimpan dalam media storan adalah terjamin dan selamat.
Pengukuran iDAM akan menggunakan platform MURNINets 2.0 (Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar � Luar Bandar Malaysia) sedia ada yang diurus selia oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan PLANMalaysia. Pengukuran iDAM akan melibatkan tiga (3) peringkat pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. Bagi Fasa 1 (Tahun 2022), hanya 23 indikator yang terlibat meliputi penyertaan PBT di Sem. Malaysia dan Sabah, manakala Fasa 2 (Tahun 2023), 45 indikator terlibat dan dijangka melibatkan penyertaan seluruh PBT di Malaysia.
Aktiviti Terkini
...
Mesyuarat Rundingan Di Bawah Seksyen 20A Bagi Cadangan Pembinaan Monumen Bendera Gergasi Di Atas Lot 16813 Mukim Bukit Katil, Melaka ( Reka dan Bina) utk Tetuan Kerajaan Negeri Melaka Pemohon : JKR Melaka Pemilik Tanah : Jabatan Perhutanan Negeri Melaka Pemilik Projek : Kerajaan Negeri Melaka
29-03-2024 » 31-12-2024
...
Perbincangan berkaitan Draf Garis Panduan Perancangan (GPP) Tapak Penjaja di Negeri Melaka Bil.4/2024 bertempat di di Bilik Mesyuarat Hang Tuah, PLANMalaysia Melaka pada 3 Mei 2024 bertempat di PLANMalaysia Melaka. Agensi yang terlibat adalah Pejabat Pengarah Tanah dan Galian , Pejabat Daerah dan Tanah Melaka, Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah, Pejabat Daerah dan Tanah Jasin, Pihak Berkuasa Tempatan MBMB, MPAG, MPJ, MPHTJ, Unit Kerajaan Tempatan dan Pejabat Penasihat Undang-Undang Melaka.
03-05-2024 » 03-12-2024
...
PLANMalaysia Melaka telah mengadakan Mesyuarat SIA Negeri Melaka Bil 4/2024. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. TPr Abdulhan bin Abd Lamit, Pengarah PLANMalaysia Melaka.� Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh Ahli-ahli Pakar iaitu Prof. Madya Dr. Rosniza Aznie Che Rose dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Mohd Shahwahid b. Hj. Othman Pertubuhan Penilaian Impak Sosial Malaysia (MSIA) & TPr Hj Abdul Hamid Akub (Pertubuhan Lembaga Perancang Malaysia (MIP).
02-04-2024 » 31-12-2024
...
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan (Kick Off) MURNInets Negeri Melaka telah dijalankan pada 27 Mac 2024, bertempat di Bilik Mesyuarat Hang Tuah, PLANMalaysia Melaka. Mesyuarat ini telah Pengerusikan oleh Encik Mohd Syukri bin Yahya (Timbalan Pengarah Pembangunan). Antara tetamu yang hadir adalah dari KPKT (Bahagian Kemampanan Bandar) ,PLANMALAYSIA HQ, PBT MELAKA ,UKT ,JPS ,LPM, DOSM ,JAS ,JHM ,KESIHATAN ,PENDIDIKAN, ICU,IPK ,IWK ,MIDA ,SAMB,TNB ,SWCORP ,SKMM dan BOMBA. Tujuan Mesyuarat adalah untuk memaklumkan Pelaksanaan MURNInets dan Cadangan Pindaan Penunjuk MURNInets bagi tahun 2024.
27-03-2024 » 31-12-2024
...
Mesyuarat Pembangunan Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan Bersepadu (I-PLAN) Negeri Melaka Bil.1/2024 di Pengerusikan oleh Timbalan Pengarah Pembangunan pada 26 - 27 Mac 2024 (Selasa - Rabu) masa 9.00 pg - 4.00 ptg bertempat diB ilik Mesyuarat, Aras 7, PPZS. Antara tetamu/ahli yang hadir adalah dari Jabatan Perancang MBMB, OSC MBMB, Jabatan Perancang MPHTJ, OSC MPHTJ, Jabatan Perancang MPAG, OSC MPAG, Jabatan Perancang MPJ, OSC MPJ, BMGN PLANMalaysia Ibu Pejabat, UPMP Pejabat Projek Zon Selatan, BRP PLANMalaysia Melaka dan BGM PLANMalaysia Melaka selaku urusetia. Tujuan mesyuarat dijalankan adalah untuk mendapatkan data dan maklumat dari semua AJK untuk pengemaskinian data komited C1, CCC, kajian Rancangan Pemajuan & Tanah Lapang Warta Negeri Melaka bagi - Julai - Disember 2023.
26-03-2024 » 31-12-2024
...
Mesyuarat SIA Bil. 1/2024 untuk Laporan Penilaian Impak Sosial Bagi Pembinaan Bangunan Krematorium Dan Kolumbarium Di Atas Hakmilik Tanah Gm 219, Lot 638, Mukim Cheng, Daerah Melaka Tengah, Melaka Untuk Tetuan Persatuan Char Yong Melaka (The Malacca Char Yong Fui Kuan) telah dijalankan pada 21 Februari 2024 (Rabu), masa 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Hang Tuah, PLANMalaysia Melaka. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan TPr Abdulhan bin Abd Lamit (Pengarah, PLANMalaysia Melaka). Tujuan mesyuarat adalah untuk mendapatkan kelulusan kepada pembentangan Laporan SIA yang disediakan oleh Perunding SIA untuk Penggerak Projek. Antara ahli pakar yang hadir adalah Prof. Madya Dr. Rosniza Aznie Che Rose dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mohd Shahwahid b. Hj. Othman dari Pertubuhan Penilaian Impak Sosial Malaysia (MSIA) dan TPr Megat Sahrir Zainal (Pertubuhan Lembaga Perancang Malaysia (MIP). Selain itu, ahli tetap yang hadir adalah dari UPEN, ICU JPM dan JKM dan turut hadir adalah dari Pejabat Daerah Melaka Tengah, Unit Kerajaan Tempatan (UKT) JKM, JAS dan JPS
21-02-2024 » 30-12-2024
...
Pengarah PLANMalaysia Melaka, YBrs. TPr Abdulhan bin Abd Lamit hari ini melakukan kunjungan hormat kepada YBrs. Tuan Megat Azlani bin Megat Ramli, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Melaka. Kunjungan ini bertujuan membincangkan berkenaan pengukuhan kerjasama antara PLANMalaysia Melaka dan Pejabat Pembangunan Negeri Melaka terutamanya berkaitan perancangan, pembangunan serta kolaborasi strategik yang boleh diterokai bersama untuk pembangunan negeri ini di masa hadapan. Selain itu, kunjungan ini juga membincangkan berkenaan fungsi dan peranan PLANMalaysia Melaka dalam membantu memudahcara proses pembangunan projek-projek kerajaan melalui Urusan Rundingan Di Bawah Seksyen 20A, Akta 172. Turut hadir semasa kunjungan ini adalah YBrs. TPr Dr. Dzul Khaimi Bin Khailani, Pengarah, Pejabat Projek Zon Selatan.
07-02-2024 » 31-12-2024
...
Mesyuarat Teknikal bagi membincangkan Garis Panduan Perancangan Tapak Aktiviti Kenderaan Rekreasi (RV) Negeri Melaka telah dijalankan pada 7 Februari 2023 (Rabu) oleh Tuan Pengarah TPr Abdulhan bin Abd Lamit (Pengarah PLANMalaysia Melaka) di Bilik Mesyuarat Hang Tuah, PMM Melaka. Mesyuarat ini bertujuan memuktamadkan Garis Panduan Perancangan Tapak Aktiviti Kenderaan Rekreasi (RV) sebelum dibawa ke Mesyuarat JPN utk kelulusan dan seterusnya digunapakai di Negeri Melaka. Antara ahli mesyuarat yang hadir adalah dari Unit Kerajaan Tempatan, PUU, PBT, JPS,PTD dan BKSA
07-02-2024 » 30-12-2024
Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Bil.3/2020 telah di adakan di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka yang dipengerusikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka.
Undian
Perkhidmatan Manakah Paling Anda Perlukan Melalui PLANMalaysia@Melaka?
# MYHRMIS MOBILE # # # # # # # # # # # #
#
PlanMalaysia - Rancangan Struktur Yang Telah Diwartakan Mengikut Negeri # #
#
# # # # # Freedom of Information

Privacy Policy