...

IMEJ BANDAR JASIN

Buku Imej Bandar Jasin ini diterbitkan sebagai bacaan ilmiah yang santai untuk pembaca menghayati era perancangan pembangunan Bandar Jasin, iaitu sebuah bandar yang terletak di bahagian Selatan Negeri Melaka.

Buku ini memberi tumpuan kepada perancangan fizikal bermula dengan sejarah perwujudan daerah ini, diikuti dengan perkembangan Pekan Jasin serta aktiviti sokongan lain yang menjadi pemangkin dan pemesatan pertumbuhan pekan ini sekitar tahun 1920-an sehingga kini dikenali sebagai bandar.

Bermula daripada penghijarahan pelbagai kaum dan masyarat ke daerah ini, Jasin sebahagian besarnya diliputi hutan belukar yang rata telah mula diterokai untuk dijadikan sebuah kawasan penempatan yang baharu. Pentadbiran, aktiviti sosio ekonomi penyediaan kemudahan dan infrastruktur yang lengkap menjadi faktor perkembangan bandar ini.

Penulisan buku ini juga telah diolah semula berdasarkan sumbert bertulis, kajian ilmiah, kajian lisan dalam bentuk temubual bersama pengkaji sejarah, masyarakat setempat dan juga melalui perbincangan bersama pihak terlibat. Seterusnya beberapa bahagian lain di dalam buku ini berdasarkan tinjauan semasa di tapak yang disokong oleh rujukan dan sumber lain yang berkaitan.

Berbekalkan khazanah alam semulajadi, Daerah Jasin yang majaoriti guna tanahnya merupakan kawasan tadahan air juga menawarkan destinasi pelancongan menarik kepada setiap pengunjung. Oleh itu, penerbitan buku ini secara tidak langsung merupakan satu usaha merekod penceritaan lalu bermula dari sejarah pembukaan sehingga revolusi perbandaran dan perkembangan terkini untuk rujukan generasi akan datang.

No
Keterangan
Tarikh / Jenis / Saiz
Tindakan
1
Coffee Table Jasin
Tarikh Dimuatnaik: 11 Dec 2022
Saiz: 21.33 MB
11 Dec 2022
PDF | 21.33 MB
 
Untuk membuka fail ini, anda perlu memuat-turun Adobe Reader di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader
# MYHRMIS MOBILE # # # # # # # # # # # #
#
PlanMalaysia - Rancangan Struktur Yang Telah Diwartakan Mengikut Negeri # #
#
# # # # # Freedom of Information

Privacy Policy