...

Galeri Gambar

Perbincangan berkaitan Draf Garis Panduan Perancangan (GPP) Tapak Penjaja di Negeri Melaka Bil.4/2024
02-05-2024 » 02-12-2024
Perbincangan berkaitan Draf Garis Panduan Perancangan (GPP) Tapak Penjaja di Negeri Melaka Bil.4/2024 bertempat di di Bilik Mesyuarat Hang Tuah, PLANMalaysia Melaka pada 3 Mei 2024 bertempat di PLANMalaysia Melaka.

Agensi yang terlibat adalah Pejabat Pengarah Tanah dan Galian , Pejabat Daerah dan Tanah Melaka, Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah, Pejabat Daerah dan Tanah Jasin, Pihak Berkuasa Tempatan MBMB, MPAG, MPJ, MPHTJ, Unit Kerajaan Tempatan dan Pejabat Penasihat Undang-Undang Melaka.
MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARASAN (KICK OFF) MURNInets NEGERI MELAKA
26-03-2024 » 30-12-2024
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan (Kick Off) MURNInets Negeri Melaka telah dijalankan pada 27 Mac 2024, bertempat di Bilik Mesyuarat Hang Tuah, PLANMalaysia Melaka. Mesyuarat ini telah Pengerusikan oleh Encik Mohd Syukri bin Yahya (Timbalan Pengarah Pembangunan). Antara tetamu yang hadir adalah dari KPKT (Bahagian Kemampanan Bandar) ,PLANMALAYSIA HQ, PBT MELAKA ,UKT ,JPS ,LPM, DOSM ,JAS ,JHM ,KESIHATAN ,PENDIDIKAN, ICU,IPK ,IWK ,MIDA ,SAMB,TNB ,SWCORP ,SKMM dan BOMBA. Tujuan Mesyuarat adalah untuk memaklumkan Pelaksanaan MURNInets dan Cadangan Pindaan Penunjuk MURNInets bagi tahun 2024.
Mesyuarat Rundingan Di Bawah Seksyen 20A Bagi Cadangan Pembinaan Monumen Bendera Gergasi Di Atas Lot 16813 Mukim Bukit Katil, Melaka
28-03-2024 » 30-12-2024
Mesyuarat Rundingan Di Bawah Seksyen 20A Bagi Cadangan Pembinaan Monumen Bendera Gergasi Di Atas Lot 16813 Mukim Bukit Katil, Melaka ( Reka dan Bina) utk Tetuan Kerajaan Negeri Melaka

Pemohon : JKR Melaka
Pemilik Tanah : Jabatan Perhutanan Negeri Melaka
Pemilik Projek : Kerajaan Negeri Melaka
MESYUARAT PENILAIAN IMPAK SOSIAL (SIA) NEGERI MELAKA BIL 4/2024
01-04-2024 » 30-12-2024
PLANMalaysia Melaka telah mengadakan Mesyuarat SIA Negeri Melaka Bil 4/2024. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. TPr Abdulhan bin Abd Lamit, Pengarah PLANMalaysia Melaka.�

Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh Ahli-ahli Pakar iaitu Prof. Madya Dr. Rosniza Aznie Che Rose dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Mohd Shahwahid b. Hj. Othman Pertubuhan Penilaian Impak Sosial Malaysia (MSIA) & TPr Hj Abdul Hamid Akub (Pertubuhan Lembaga Perancang Malaysia (MIP).
Mesyuarat Pembangunan Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan Bersepadu (I-PLAN) Negeri Melaka Bil.1/2024
25-03-2024 » 30-12-2024
Mesyuarat Pembangunan Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan Bersepadu (I-PLAN) Negeri Melaka Bil.1/2024 di Pengerusikan oleh Timbalan Pengarah Pembangunan pada 26 - 27 Mac 2024 (Selasa - Rabu) masa 9.00 pg - 4.00 ptg bertempat diB ilik Mesyuarat, Aras 7, PPZS. Antara tetamu/ahli yang hadir adalah dari Jabatan Perancang MBMB, OSC MBMB, Jabatan Perancang MPHTJ, OSC MPHTJ, Jabatan Perancang MPAG, OSC MPAG, Jabatan Perancang MPJ, OSC MPJ, BMGN PLANMalaysia Ibu Pejabat, UPMP Pejabat Projek Zon Selatan, BRP PLANMalaysia Melaka dan BGM PLANMalaysia Melaka selaku urusetia. Tujuan mesyuarat dijalankan adalah untuk mendapatkan data dan maklumat dari semua AJK untuk pengemaskinian data komited C1, CCC, kajian Rancangan Pemajuan & Tanah Lapang Warta Negeri Melaka bagi - Julai - Disember 2023.
Mesyuarat SIA Bil. 1/2024 untuk Laporan Penilaian Impak Sosial Bagi Pembinaan Bangunan Krematorium Dan Kolumbarium Di Atas Hakmilik Tanah Gm 219, Lot 638, Mukim Cheng, Daerah Melaka Tengah, Melaka
20-02-2024 » 29-12-2024
Mesyuarat SIA Bil. 1/2024 untuk Laporan Penilaian Impak Sosial Bagi Pembinaan Bangunan Krematorium Dan Kolumbarium Di Atas Hakmilik Tanah Gm 219, Lot 638, Mukim Cheng, Daerah Melaka Tengah, Melaka Untuk Tetuan Persatuan Char Yong Melaka (The Malacca Char Yong Fui Kuan) telah dijalankan pada 21 Februari 2024 (Rabu), masa 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Hang Tuah, PLANMalaysia Melaka. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan TPr Abdulhan bin Abd Lamit (Pengarah, PLANMalaysia Melaka). Tujuan mesyuarat adalah untuk mendapatkan kelulusan kepada pembentangan Laporan SIA yang disediakan oleh Perunding SIA untuk Penggerak Projek. Antara ahli pakar yang hadir adalah Prof. Madya Dr. Rosniza Aznie Che Rose dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mohd Shahwahid b. Hj. Othman dari Pertubuhan Penilaian Impak Sosial Malaysia (MSIA) dan TPr Megat Sahrir Zainal (Pertubuhan Lembaga Perancang Malaysia (MIP). Selain itu, ahli tetap yang hadir adalah dari UPEN, ICU JPM dan JKM dan turut hadir adalah dari Pejabat Daerah Melaka Tengah, Unit Kerajaan Tempatan (UKT) JKM, JAS dan JPS
Mesyuarat Teknikal bagi membincangkan Garis Panduan Perancangan Tapak Aktiviti Kenderaan Rekreasi (RV) Negeri Melaka
06-02-2024 » 29-12-2024
Mesyuarat Teknikal bagi membincangkan Garis Panduan Perancangan Tapak Aktiviti Kenderaan Rekreasi (RV) Negeri Melaka telah dijalankan pada 7 Februari 2023 (Rabu) oleh Tuan Pengarah TPr Abdulhan bin Abd Lamit (Pengarah PLANMalaysia Melaka) di Bilik Mesyuarat Hang Tuah, PMM Melaka. Mesyuarat ini bertujuan memuktamadkan Garis Panduan Perancangan Tapak Aktiviti Kenderaan Rekreasi (RV) sebelum dibawa ke Mesyuarat JPN utk kelulusan dan seterusnya digunapakai di Negeri Melaka. Antara ahli mesyuarat yang hadir adalah dari Unit Kerajaan Tempatan, PUU, PBT, JPS,PTD dan BKSA
Kunjungan hormat kepada YBrs. Tuan Megat Azlani bin Megat Ramli, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Melaka.
06-02-2024 » 30-12-2024
Pengarah PLANMalaysia Melaka, YBrs. TPr Abdulhan bin Abd Lamit hari ini melakukan kunjungan hormat kepada YBrs. Tuan Megat Azlani bin Megat Ramli, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Melaka.

Kunjungan ini bertujuan membincangkan berkenaan pengukuhan kerjasama antara PLANMalaysia Melaka dan Pejabat Pembangunan Negeri Melaka terutamanya berkaitan perancangan, pembangunan serta kolaborasi strategik yang boleh diterokai bersama untuk pembangunan negeri ini di masa hadapan.

Selain itu, kunjungan ini juga membincangkan berkenaan fungsi dan peranan PLANMalaysia Melaka dalam membantu memudahcara proses pembangunan projek-projek kerajaan melalui Urusan Rundingan Di Bawah Seksyen 20A, Akta 172.

Turut hadir semasa kunjungan ini adalah YBrs. TPr Dr. Dzul Khaimi Bin Khailani, Pengarah, Pejabat Projek Zon Selatan.
Mesyuarat Kick Off Pelan Pembangunan Fizikal Zoo Melaka
23-01-2024
PLANMalaysia Melaka hari ini telah dijemput oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) di dalam Mesyuarat Kick of Pelan Pembangunan Fizikal Zoo Melaka.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datin Sapiah binti Haron, Yang DiPertua MPHTJ dan turut dihadiri oleh YBrs. TPr Abdulhan bin Abd Lamit, Pegarah PLANMalaysia Melaka.

PLANMalaysia Melaka melalui Bahagian Projek Khas telah dijemput untuk membantu pihak Zoo Melaka dalam menyediakan pelan pembangunan dan penyusunan semula Zoo Melaka.
PERBINCANGAN BERKAITAN CADANGAN GARIS PANDUAN TAPAK PENJAJA DI NEGERI MELAKA.
30-01-2024
Perbincangan berkaitan cadangan berkaitan Garis Panduan Tapak Penaja di Negeri Melaka telah diPengerusikan oleh TPr Abdulhan bin Abd Lamit (Pengarah PLANMalaysia Melaka) pada 31 Januari 2024 (Rabu), 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Hang Tuah, PMM Melaka. PLANMalaysia Melaka mengambil inisiatif untuk membuat semakan terhadap kandungan dalam cadangan Garis Panduan Perancangan Tapak Penjaja (GPP) tersebut agar ianya dapat disesuaikan dengan pembangunan dan perancangan semasa di Negeri Melaka. Ahli Mesyuarat terdiri dari Unit Kerajaan Tempatan, Jabatan Perancang Bandar (MBMB), Jabatan Perancang Bandar (MPAG), Jabatan Perancang Bandar (MPJ) dan Jabatan Perancang Bandar (MPHTJ).
AUDIT PENSIJILAN SEMULA MS ISO 9001:2015; DAN AUDIT PENSIJILAN (AUDIT STAGE 2) MS ISO 37001:2016
16-01-2024 » 17-01-2024
Sijil MS ISO 9001:2015 PLANMalaysia Melaka akan tamat pada 9 Februari 2024. Manakala bagi MS ISO 37001:2016 (ABMS) Jabatan sedang dalam proses untuk mendapatkan pensijilan selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (MMKN) Bilangan 3 Tahun 2019 yang bersidang pada 16 Januari 2019 yang telah memutuskan agar semua Jabatan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun Negeri serta Syarikat/ Anak Syarikat di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka perlu mendapatkan pensijilan MS ISO 37001 : 2016 Anti-Bribery Management Systems (ABMS). Sehubungan dengan itu, Jabatan telah mengadakan sesi Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015 dan Audit Pensijilan (Audit Stage 2) MS ISO 37001:2016 pada 17-18 Januari 2024.

SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA (HPBS) TAHUN 2024, PERINGKAT KEBANGSAAN - Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran HPBS.
21-01-2024
AYER KEROH, 22 Januari - PLANMalaysia Melaka telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran HPBS Tahun 2024 Peringkat Kebangsaan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. TPr Abdulhan bin Abd Lamit, Pengarah PLANMalaysia Melaka.

Mesyuarat ini diadakan adalah rentetan daripada ucapan YAB Datuk Seri Utama Ketua Menteri Melaka semasa Majlis Perasmian Sambutan HPBS Tahun 2023 Peringkat Negeri Melaka dimana YAB Datuk Seri Utama berbesar hati menjemput PLANMalaysia ke Negeri Melaka bagi Penganjuran Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Tahun 2024 Peringkat Kebangsaan.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YBrs. TPr Zulazhar bin Abd Ghani, Timbalan Pengarah dari Bahagian Korporat, PLANMalaysia serta beberapa pegawai lain
Mesyuarat berhubung Penyediaan Pelan Konsep Bagi Tapak Kompleks Teknologi Pertanian (Taman Pertanian Melaka) Sungai Udang dan Sungai Rambai Agro Tourism Park
18-01-2024
Mesyuarat berhubung Penyediaan Pelan Konsep Bagi Tapak Kompleks Teknologi Pertanian (Taman Pertanian Melaka) Sungai Udang dan Sungai Rambai Agro Tourism Park yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka (PLANMalaysia Melaka). Mesyuarat telah dijalankan pada 19 Januari 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Hang Tuah, PLANMalaysia Melaka.
PERBINCANGAN PENYELARASAN "BUFFER ZONE" TAPAK WARISAN DUNIA MELAKA
16-01-2024
AYER KEROH, 17 Januari - PLANMalaysia Melaka telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Kawasan Warisan bagi RKKTWD Melaka (Penggantian). Mesyuarat ini telah dipengerusi oleh YBrs. TPr Abdulhan bin Abd Lamit, Pengarah PLANMalaysia Melaka.

Hadir sama di dalam mesyuarat ini adalah YBrs. Puan Erni binti Hamsah, Pengurus Besar Melaka Word Heritage, dan wakil-wakil daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), SM-WEZ, Jabatan Warisan Negara Zon Selatan serta perunding kajian, Iktisas Planner.
Mesyuarat Pasukan Kajian Bil.2/2024 bagi Rancangan Kawasan Khas Tapak Warisan Dunia Melaka (Penggantian) peringkat Laporan Pendekatan Kajian (LPK)
08-01-2024
Mesyuarat Pasukan Kajian Bil.2/2024 bagi Rancangan Kawasan Khas Tapak Warisan Dunia Melaka (Penggantian) peringkat Laporan Pendekatan Kajian (LPK) telah dijalankan pada 9 Januari 2024 (Selasa), 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Gunasama, Aras 4, Menarai Persekutuan, Ayer Keroh, Melaka. Mesyuarat telah di Pengerusikan oleh TPr Abdulhan bin Abd Lamit (Pengarah PLANMalaysia Melaka)
MESYUARAT PENILAIAN IMPAK SOSIAL (SIA) NEGERI MELAKA BIL 5/2023
13-12-2023
Mesyuarat SIA Negeri Melaka Bil 5/2023 yang telah dijalankan pada 14 Disember 2023 (Khamis) di Bilik Mesyuarat Hang Tuah, PLANMalaysia Melaka ini telah dipengerusikan oleh YBrs. TPr Abdulhan bin Abd Lamit, Pengarah PLANMalaysia Melaka. Mesyuarat telah dihadiri oleh Ahli-ahli Pakar iaitu Prof. Madya Dr. Rosniza Aznie Che Rose, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Kuppusamy Singaravelloo dari Pertubuhan Penilaian Impak Sosial Malaysia (MSIA) dan TPr Mohamad Fauzi bin Ahmad dari Malaysian Institute of Planners (MIP). Kehadiran Ahli Tetap  MBMB, ICU JPM dan JKM. Kehadiran Ahli Turut Hadir adalah LKIM, Jab. Laut Melaka, JAS, Pej. Perikanan & Lembaga Pelabuhan Melaka   
Mesyuarat Rundingan Di Bawah Seksyen 20A Bagi Projek Cadangan Bina Baharu Masjid Cheng Perdana
11-12-2023
Mesyuarat Rundingan Di Bawah Seksyen 20A Bagi Projek Cadangan Bina Baharu Masjid Cheng Perdana Di Atas PT 9899 (Lot Lama 5084) Mukim Cheng, Daerah Melaka Tengah, Melaka telah dijalankan pada 12 Disember 2023 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat Hang Tuah, PLANMalaysia Melaka. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah PLANMalaysia Melaka, Tuan TPr Abdulhan bin Abd Lamit. 
Perhimpunan Bulanan Bil.5/2023 PLANMalaysia Melaka dan Majlis Perpisahan Pegawai Bertukar
07-12-2023
Perhimpunan Bulanan Bil.5/2023 PLANMalaysia Melaka dan Majlis Perpisahan Pegawai Bertukar telah dijalankan pada pagi Jumaat 8 Disember 2023 bertempat di Ruang Legar, Aras 5, Wisma Negeri sejurus selepas aktiviti bacaan Yassin. Majlis disempurnakan oleh Tuan Pengarah Tpr Abdulhan bin Abd Lamit. Tetamu yang diraikan adalah En. Kamarulzaman bin Abd Rahman.
Bengkel Focus Group Discussion (FGD)�- Penambahbaikan Garis Panduan Perancangan Perniagaan dan Industri Negeri Melaka
06-12-2023
Bengkel Focus Group Discussion (FGD) - Penambahbaikan Garis Panduan Perancangan Perniagaan dan Industri Negeri Melaka telah dijalankan pada 7 Disember 2023 bertempat di Hotel Ames, Ayer Keroh, Melaka. Bengkel ini dirasmikan oleh Timbalan Pengarah (Pembangunan) - Encik Mohd Rizal bin Othman. Antara tetamu yang hadir adalah pihak dari REHDA Melaka, Agensi/Jabatan Kerajaan , PBT, UKT, MCorp,TNB dan Jururancang Bandar Swasta.
Program Sesi Libat Urus Bersama Pihak Berkepentingan/Pemegang Taruh (Focus Group Discussion [FGD]) Bil. 2/2023
27-11-2023
Program Sesi Libat Urus Bersama Pihak Berkepentingan/Pemegang Taruh (Focus Group Discussion [FGD]) Bil. 2/2023 bagi Kajian Rancangan Kawasan Khas Tapak Warisan Dunia Melaka (Penggantian) telah dijalankan pada 28 November 2023 (Selasa) jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Ballroom 1, Level 11, Hatten Hotel, Banda Hilir, Melaka. Program ini di Pengerusikan oleh Encik Mohd Syukri bin Yahya selaku Timbalan Pengarah (Pembangunan), PLANMalaysia Melaka. Antara tetamu yang hadir terdiri daripada Pengusaha Pengangkutan, Komuniti, Agensi Ekonomi, Agensi Pelancongan, Agensi Sejarah & Warisan, Agensi kraftangan, Agensi Kebudayaan dan Kesenian, Golongan Belia/Institusi & Wakil Japerun. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mendapatkan libat urus bersama pihak berkepentingan/pemengang taruh.
Perbincangan Bersama Invest Melaka Berkaitan Koridor Industri Negeri Melaka
21-11-2023
Perbincangan Bersama Invest Melaka Berkaitan Koridor Industri Negeri Melaka telah berlangsung pada 22 November 2023 (Rabu), 9.30 pagi bertempt di Bilik Mesyuarat Hang Tuah, JPBD. Perbincangan di Pengerusikan oleh Tuan Pengarah, TPr. Abdulhan bin Abd Lamit. Antara tetamu yang hadir adalah dari Invest Melaka, UPEN, Unit Pelaburan, JKPNM, PTG Melaka, MCorp dan M-WEZ.

Tujuan perbincangan adalah sebagai perkongsian / perbincangan maklumat berkaitan zon guna tanah industri dalam Negeri Melaka
Mesyuarat pengenalan perunding dan Mesyuarat Pasukan Kajian Bil 1/2023 bagi RKK Tapak Warisan Dunia Melaka Penggantian
16-11-2023
Mesyuarat pengenalan perunding dan Mesyuarat Pasukan Kajian Bil 1/2023 bagi RKK Tapak Warisan Dunia Melaka Penggantian telah berlangsung pada 17 November 2023 bertempat di Courtyard by Marriot Hotel, Melaka. Mesyuarat di Pengerusikan oleh Timbalan Pengarah (Pembangunan), PLANMalaysia Melaka Encik Mohd Syukri bin Yahya.
Mesyuarat Rundingan DiBawah Seksyen 20A Bagi Projek Cadangan Meroboh 1 Blok Bangunan Daif Sedia Ada Dan Membina Bangunan Baharu Di Sekolah Kebangsaan Sebatu, Jasin, Melaka
16-11-2023
Mesyuarat Rundingan DiBawah Seksyen 20A Bagi Projek Cadangan Meroboh 1 Blok Bangunan Daif Sedia Ada Dan Membina Bangunan Baharu Di Sekolah Kebangsaan Sebatu, Jasin, Melaka. Mesyuarat yang di Pengerusikan oleh Tuan Pengarah, TPr Abdulhan bin Abd Lamit ini telah berlangsung pada  17 November 2023, bertempat di Bilik Mesyuarat Hang Tuah, PLANMalaysia Melaka.

Pemohon : JKR Malaysia
Pemilik Tanah : JKPTG
Pemilik Projek : Kementerian Pendidikan Malaysia
Mesyuarat Penyelarasan Rancangan Pemajuan Bil.2/2023
19-11-2023
Mesyuarat Penyelarasan Rancangan Pemajuan Bil.2/2023 telah berlangsung pada 20 November 2023 bertempat di Ames Hotel, Melaka. Mesyuarat di Pengerusikan oleh TPr. Abdulhan bin Abd Lamit. Antara tetamu yang hadir adalah MBMB. MPHTJ, MPJ, MPAG, PPZS, ICU dan UKT. 
FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD) PENYEDIAAN GARIS PANDUAN PERANCANGAN TAPAK AKTIVITI KENDERAAN REKREASI (RECREATIONAL VEHICLE) NEGERI MELAKA
23-10-2023
PLANMalaysia Melaka telah megadakan Focus Group Discussion (FGD) Penyediaan Garis Panduan Perancangan Tapak Aktiviti Kenderaan Rekreasi (Recreational Vehicle) Negeri Melaka di Noble Hotel hari ini. Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. TPr Abdulhan bin Abd Lamit, Pengarah PLANMalaysia Melaka. Tujuan utama program ini adalah untuk mendapatkan idea, pandangan dan maklum balas dalam penyediaan Garis Panduan Perancangan Tapak Aktiviti Kenderaan Rekreasi (Recreational Vehicle) bersama jabatan dan agensi berkaitan
Mesyuarat Pasukan Kajian Bil.3/2023 Kajian Rancangan Kawasan Khas Tapak Warisan Dunia (Penggantian)
02-11-2023 » 03-11-2023
Mesyuarat Pasukan Kajian Bil.3/2023 Kajian Rancangan Kawasan Khas Tapak Warisan Dunia (Penggantian) telah dijalankan pada 3 November 2023 (Jumaat) bertempat di Bilik Mesyuarat Hang Tuah, PLANMalaysia Melaka. Mesyuarat dipengerusikan oeh Tuan Pengarah PLANMalaysia Melaka, TPr Abdulhan bin Abd Lamit. Mesyuarat turut melibatkan 4 Agensi Teknikal iaitu MBMB (Jabatan Perancang dan Jabatan Bangunan), Pejabat Projek Zon Selatan (PPZS), JWN HQ dan Perunding Iktisas Planner.
KUNJUNGAN HORMAT INVEST MELAKA BERHAD KEPADA PENGARAH PLANMALAYSIA MELAKA-
01-11-2023
Pengarah PLANMalaysia Melaka, YBrs. TPr Abdulhan bin Abd Lamit hari ini menerima kunjungan hormat YBhg. Datuk Ginie Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Melaka Berhad. Kunjungan ini bertujuan membincangkan berkenaan pengukuhan kerjasama antara Invest Melaka Berhad dengan PLANMalaysia Melaka terutamanya dalam bidang perancangan kawasan industri dan pelaburan di Negeri Melaka.
PERBINCANGAN GARIS PANDUAN PERANCANGAN PETAK PENGECASAN KENDERAAN ELEKTRIK (GPP EVCB) DAN PROSEDUR PERMOHONAN PEMAJUAN
31-10-2023
PLANMalaysia Melaka hari ini telah mengadakan perbincangan bersama Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) berkenaan dengan GPP EVCB di Pejabat PTHM di Wisma Negeri. Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Ismail bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif, PTHM dan hadir sama YBrs. TPr Abdulhan bin Abd Lamit, Pengarah PLANMalaysia Melaka. Perbincangan ini merupakan lanjutan dari keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Melaka Bil 3/2023 yang lalu agar GPP EVCB ini disuai pinda mengikut keperluan Kerajaan Negeri Melaka.
Mesyuarat Penyelarasan Teknikal Perancangan Pihak Berkuasa Termpatan (PBT) & Pemantauan Unit Pusat Setempat (OSC) Negeri Melaka Bil.2/2023
28-10-2023 » 30-10-2023
Mesyuarat Penyelarasan Teknikal Perancangan Pihak Berkuasa Termpatan (PBT) & Pemantauan Unit Pusat Setempat (OSC) Negeri Melaka Bil.2/2023 telah dijalankan pada 29-31 Oktober 2023 bertempat di GBW Hotel, Johor Bahru. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Pengarah TPr Abdulhan bin Abd Lamit. Mesyuarat telah dihadiri oleh pelbagai agensi antaranya Jabatan Perancang MBMB, Jabatan Perancang MPAG, Jabatan Perancang MPJ, Jabatan Perancang MPHTJ, Unit OSC MBMB, Unit OSC MPAG, Unit OSC MPJ, Unit OSC MPHTJ, Pejabat Tanah dan Daerah Alor Gajah dan Lembaga Perumahan Melaka
SMART MELAKA INTERNATIONAL CONFERENCE AND EXPO 2023 (SMIX 2023) - HARI KEDUA
12-10-2023
SMART MELAKA INTERNATIONAL CONFERENCE AND EXPO 2023 (SMIX 2023) - HARI KEDUA

AYER KEROH, 13 Oktober - PLANMalaysia Melaka meneruskan pameran di hari kedua, Smart Melaka International Conference and Expo 2023 (SMIX 2023) di MITC hari ini.

Ruang Pameran PLANMalaysia Melaka hari ini dikunjungi oleh YBhg. Datuk Md Azhan bin Samat @Limat, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Negeri Melaka.

Disebelah petang, Ruang Pameran PLANMalaysia Melaka diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Yang Terutama, Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka. TYT Tun diberikan penerangan berkenaan Aplikasi MeLGIS dan Malaysia Urban Observatory (MUO) serta perancangan masa hadapan jabatan untuk menyediakan Dashboard Urban Observatory peringkat Negeri Melaka.
Mesyuarat SIA Negeri Melaka Bil.4/2023
11-10-2023
Mesyuarat SIA Negeri Melaka Bil.4/2023 bagi - LAPORAN PENILAIAN IMPAK SOSIAL BAGI CADANGAN CADANGAN PENAMBAKAN LAUT SELUAS 679.188 EKAR DI ATAS TANAH KERAJAAN, KAWASAN BANDAR XLV, DAERAH MELAKA TENGAH, NEGERI MELAKA UNUK TETUAN LEAPTEC ENGINEERING SDN. BHD. Mesyuarat di Pengerusikan oleh Tuan TPr Abdulhan bin Abd Lamit, Pengarah PLANMalaysia Melaka. Mesyuarat dihadiri oleh Panel Pakar dari UM, MSIA & MIP. Selain itu, mesyuarat dihadiri oleh Ahli Tetap UPEN, ICU JPM, JKM & MBMB.  Turut sama hadir adalah dari R&D PM, MWEZ, LKIM, Pejabat Laut Melaka, Jab.Perikanan, JAS dan Perunding dari Asia Pacific Environmental Consultants Sdn. Bhd. Penggerak Projek ini adalah Leaptec Engineering Sdn. Bhd
MESYUARAT URUSAN RUNDINGAN DI BAWAH SEKSYEN 20A, AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA ( AKTA 172) NEGERI MELAKA BIL 4/2023
21-09-2023
PLANMalaysia Melaka telah mengadakan Mesyuarat Urusan Rundingan di bawah Seksyen 20A, Akta 172 Negeri Melaka Bil 4/2023. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. TPr Abdulhan bin Abd Lamit, Pengarah PLANMalaysia Melaka. Mesyuarat pada kali ini membincangkan berkenaan Urusan Rundingan Cadangan Membina Dan Menyiapkan Masjid Selandar (Baharu), Mukim Selandar, Daerah Jasin, Melaka. Cadangan pembangunan ini merupakan milik Jabatan Agama Islam Melaka dan pemohon untuk permohonan ini melalui Jabatan Kerja Raya Negeri Melaka.
MAJLIS PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN SEMPENA MAULIDUR RASUL 1445H PERINGKAT NEGERI MELAKA
27-09-2023
PLANMalaysia Melaka telah menyertai Perhimpunan dan Perarakan sempena Maulidur Rasul 1445h Peringkat Negeri Melaka. Perarakan bermula dari Stadium Tun Fatimah ke Dataran Pusat Islam Melaka itu membabitkan seramai 140 kontinjen terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan termasuk swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
PERHIMPUNAN BULANAN PLANMALAYSIA MELAKA DAN MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI BERTUKAR
15-08-2023
PLANMalaysia Melaka telah mengadakan Perhimpunan Bulanan pada hari ini dengan Bahagian Kawalan Pembangunan sebagai penganjur. Perhimpunan pada kali ini dianjurkan bersekali dengan Majlis Perpisahan Pegawai Bertukar iaitu En. Mohd Radzi Bin Mohamed yang telah bertukar ke OSC, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Jabatan mengucapkan ribuan terima kasih di atas jasa beliau sepanjang perkhidmatan di sini. Perhimpunan kali ini juga diserikan lagi dengan penyampaian Anugerah Pekerja Contoh, Sambutan Hari Ulangtahun Kelahiran dan Penyampaian Saguhati oleh Kelab Sosial dan Sukan kepada peserta SUKNA-20 yang pulang dengan pingat.
Mesyuarat Rundingan DiBawah Seksyen 20A Bagi Projek Cadangan Membina Bangunan Baharu Makmal Sains Tulen di Sek. Men. Keb. Agama Tun Perak, Jasin
07-08-2023
Mesyuarat Rundingan DiBawah Seksyen 20A Bagi Projek Cadangan Membina Bangunan Baharu Makmal Sains Tulen di Sek. Men. Keb. Agama Tun Perak, Jasin

Pemohon : JKR Malaysia
Pemilik Tanah : Pesuruhjaya Tanah Persekutuan
Pemilik Bangunan : Kementerian Pendidikan Malaysia
Sesi Diskusi
17-07-2023
Sesi Perjumpaan Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka (JKT), Puan Johana Binti Bakar, bersama- sama Timbalan Pengarah (Perancangan) En. Mohd Rizal Othman dan Ketua Bahagian Kawalan Perancangan En. Kamarulzaman bin Abd Rahman bagi membincangkan berkenaan dengan Penginapan Pekerja bertempat di bilik Mesyuarat Hang Tuah, PLANMalaysia Melaka pada 18 Julai 2023.
MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL 1 : VERIFIKASI DATA MURNInets NEGERI MELAKA.
09-07-2023
MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL 1 : VERIFIKASI DATA MURNInets NEGERI MELAKA.

AYER KEROH, 10 Julai - PLANMalaysia Melaka telah mengadakan sesi Verifikasi Data MURNInets Negeri Melaka bersama semua PBT dan Agensi pembekal data MURNInets Negeri Melaka. 

Sesi verifikasi data ini telah dipengerusikan oleh En. Mohd Syukri Bin Yahya, Timbalan Pengarah Pembangunan PLANMalaysia Melaka. PLANMalaysia Melaka sebagai Pusat Operasi MURNInets Negeri sangat komited mengemaskini dat data di dalam Gerbang MURNInets adalah tepat bagi memastikan kesemua PBT di Negeri Melaka mendapat penarafan Mampan untuk Tahun 2023. 

Verifikasi ini turut dihadiri oleh PLANMalaysia sebagai Pusat Operasi MURNInets Kebangsaan yang diketuai oleh Dr. Khairul Nizam bin Othman serta kesemua PBT, agensi teknikal dan penyedia infrastruktur dan utiliti Negeri Melaka.
Mesyuarat Penyelarasan Seksyen 5(2) Bil.1/2021
08-02-2021 » 09-02-2021
Mesyuarat Pasukan Petugas MS ISO 9001:2015 Jabatan Bil.1/2021
06-01-2021 » 07-01-2021
Mesyuarat Pasukan MS ISO 9001:2015 Bil.1/2021 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Hang Tuah, PLANMalaysia@Melaka.
Mesyuarat Jawatankuasa Kajian Semula Pengurusan (JKSP) 2020
25-11-2020 » 26-11-2020
Mesyuarat Jawatankuasa Kajian Semula Pengurusan (JKSP) 2020 PLANMalaysia@Melaka telah dipengerusikan oleh Pengarah TPr Norjafni bin Zainuddin, bertempat di Bilik Mesyuarat Hang Tuah, PLANMalaysia@Melaka.
Perbincangan Bagi Kajian Pengumpulan Data Dan Maklumat Serta Pembangunan Tanah Adat Melaka (MCL)
23-02-2021 » 24-02-2021
Perbincangan di adakan di Bilik Mesyuarat Hang Tuah PLANMalaysia@Melaka dan telah dipengerusikan oleh Tuan Pengarah dan turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif PERTAM serta secara sidang video bersama dengan pihak perunding.
Mesyuarat Penyelarasan Teknikal Perancangan PBT & Pemantauan OSC Bil 2/2020
07-12-2020 » 09-12-2020
Mesyuarat Penyelarasan Teknikal Perancangan Pihak Berkuasa Tempatan & Pemantauan OSC Bil 2/2020 bersama dengan PBT Negeri Melaka.
Kursus AUTOCAD di UTEM
21-09-2020 » 24-09-2020
Beberapa kakitangan PLANMalaysia@Melaka telah terlibat di dalam Kursus AUTOCAD di UTEM. Kursus ini adalah bagi membolehkan semua kakitangan jabatan menambah kemahiran kakitangan jabatan ini dalam penyediaan pelan-pelan.
Taklimat dan Bengkel Zon Ekonomi Persisiran Pantai (ZEPP) Melaka
05-08-2020 » 07-08-2020
Taklimat dan Bengkel Zon Ekonomi Persisiran Pantai (ZEPP) Melaka.
Tarikh : 06-07 Ogos 2020
Tempat : Hotel Granada, Bukit Indah, Johor Bahru.
Mesyuarat Pasukan Petugas MS ISO 9001: 2015 Bil. 2/2020
18-02-2020 » 19-02-2020
Mesyuarat Pasukan Petugas MS ISO 9001: 2015 Bil. 2/2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Hang Tuah, PLANMalaysia@Melaka.
Bengkel Pengurusan Bangunan Warisan Dunia Tapak Warisan Dunia Melaka@Imperial Heritage Hotel Melaka
22-09-2019 » 23-09-2019
Bengkel Pengurusan Bangunan Warisan Dunia Tapak Warisan Dunia Melaka@Imperial Heritage Hotel Melaka
Mesyuarat Pasukan Kajian RKK TBPB Bil.7/2019
11-09-2019 » 12-09-2019
Mesyuarat Pasukan Kajian RKK TBPB Bil.7/2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Hang Tuah, PLANMalaysia@Melaka
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Verifikasi Data MURNInets
01-06-2023
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Dan Verifikasi Data MURNInets ini telah berlangsung pada 2 Jun 2023 (Jumaat) bertempat di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh TPr. Norjafni bin Zainuddin. Mesyuarat, melibatkan UKT,MBMB,MPHTJ,MPAG, MPJ,SAMB dan LPM.Tujuan mesyuarat dijalankan adalah untuk menyelaras data MURNInets bagi tahun kajian 2022.
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal bagi Kelulusan Terma Rujukan (TOR)
25-05-2023
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal bagi Kelulusan Terma Rujukan (TOR) telah dijalankan pada 26 Mei 2023 (Jumaat) masa 3.00 petang. Mesyuarat di Pengerusikan oleh Tuan Badaruddin bin Mohd Kassim, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Jabatan Ketua Menteri Melaka. Mesyuarat ini turut dihadiri dari Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka, Pejabat Projek Zon Selatan, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Pejabat Tanah & Galian Negeri Melaka, Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah, Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka, Jabatan Pengairan dan Saliran Melaka, Jabatan Kerja Raya Negeri Melaka, Melaka World Heritage , Jabatan Warisan Negara Zon Selatan dan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM).



Tujuan mesyuarat adalah untuk mendapatkan pertimbangan dan persetujuaan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal terhadap perkara berikut kelulusan ke atas Draf Terma Rujukan Rancangan Kawasan Khas Tapak Warisan Dunia Melaka (Peggantian) selaras dengan peruntukan Sub Seksyen 16B (3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).
Taklimat & Lawatan Kerja Berhubung Perancangan Tapak Teluk Batik Campersite Bersama Majlis Perbandaran Manjung
24-05-2023
Sesi Taklimat & Lawatan Kerja Berhubung Perancangan Tapak Teluk Batik Campersite bersama Majlis Perbandaran Manjung pada 25 Mei 2023 (Khamis) bertempat di Majlis Perbandaran Manjung, Perak. Taklimat ini di Pengerusikan oleh Tuan TPr. Norjafni bin Zainuddin, Pengarah JPBD Melaka dan dihadiri tetamu kehormat YDP Majlis Perbandaran Manjung serta Kakitangan JPBD Melaka seramai 10 orang. Tujuan lawatan ini untuk mendapatkan perkongsian ilmu dr MPM berkaitan pengurusan tapak Campersite Teluk Batik, Lumut Perak.
Mesyuarat Pasukan MS ISO & Penambahbaikan Sistem Pengurusan Kualiti Bahagian & Jawatankuasa Bagi Tahun 2023
16-05-2023 » 18-05-2023
Mesyuarat Pasukan MS ISO & Penambahbaikan Sistem Pengurusan Kualiti Bahagian & Jawatankuasa Bagi Tahun 2023 telah di Pengerusikan oleh Encik Mohd Rizal bin Othman pada  17-19 Mei 2023 bertempat di GBW Hotel, JB. Ahli mesyuarat terdiri daripada kakitangan JPBD Melaka seramai 16 orang. Tujuan mesyuarat dijalankan adalah untuk menyemak serta membincangkan prosedur sedia ada dan prosedur baru bagi menambah baik sistem pengurusan kualiti bahagian dan jabatan. Ini penting agar semakan terhadap manual kualiti dapat dibuat sebelum diangkat ke mesyuarat pengurusan utk kelulusan. Kepentingan mesyuarat ini kepada kerajaan negeri/jabatan adalah sebagai persediaan jabatan bagi mendapat pensijilan semula MS ISO 9001:2015 pada tahun 2024 sekaligus membantu Jabatan meningkatkan kualiti produk melalui penambahbaikan prosedur dan cadangan prosedur baru
MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARASAN TEKNIKAL PERANCANGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN DAN PEMANTAUAN UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC) BIL. 1/2023
10-05-2023
BANDAR MELAKA, 11 May - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka (PLANMalaysia Melaka) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal Perancangan Pihak Berkuasa Tempatan Dan Pemantauan Unit Pusat Setempat (OSC) Bil. 1/2023. Mesyuarat kali pertama untuk tahun 2023 ini telah dipengerusikan oleh YBrs. TPr Norjafni Bin Zainuddin, Pengarah PLANMalaysia Melaka.
SIA. BIL.3/2023
27-04-2023
SIA. BIL.3/2023 BERLANGSUNG PADA 28 APRIL 2023 (JUMAAT) JAM 9.30 PAGI BAGI CADANGAN PENAMBAKAN LAUT SELUAS 1,140 EKAR UNTUK TUJUAN PEMBANGUNAN PELABUHAN ANTARABANGSA SERBAGUNA LAUT DALAM DI KAWASAN XLVI, DAERAH MELAKA TENGAH, MELAKA.
Mensyuarat Online mengenai Perbincangan Alamat Kampung Negeri Melaka
13-04-2023
Mensyuarat Online mengenai Perbincangan Alamat Kampung Negeri Melaka yang berlangsung dibilik Mesyuarat Hang Jebat, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka. Mesyuarat tersebut telah diPengerusikan Oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Jabatan Ketua Menteri Melaka pada 14 April 2023 (Jumaat) masa 3.00 petang.
Latihan Up-Skill Pembangunan Data Dan Web Portal GIS
20-03-2023
Latihan Up-Skill Pembangunan Data Dan Web Portal GIS Oleh Pusat Geospatial Negara yang diurusetiakan bersama GIS Negeri Melaka danJPBD Negeri Melaka
Mesyuarat Penilaian Impak Sosial (SIA) Negeri Melaka Bil. 2/2023
19-03-2023
Mesyuarat ini membincangkan cadangan pembinaan sebuah bangunan kolumbarium di atas sebahagian Lot 4452, Mukim Bertam, Daerah Melaka Tengah, Melaka bagi Tetuan Persatuan Hainan Melaka.
Mesyuarat Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan Tanah Bersepadu (i-PLAN) Bil.1/2023
14-03-2023 » 16-03-2023
Mesyuarat Pembangunan MS ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management System (ABMS) PMM Bil.1/2023
09-03-2023
Mesyuarat Pembangunan MS ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management System (ABMS) PMM Bil.1/2023 di Bilik Mesyuarat Hang Tuah, PLANMalaysia Melaka
Mesyuarat Penilaian Impak Sosial (SIA) Negeri Melaka Bil.1/2023
27-02-2023
Mesyuarat Penilaian Impak Sosial (SIA) Negeri Melaka Bil.1/2023 Bagi Cadangan Pembangunan Tempat Penyimpanan Abu & Dewan Pengebumian Di Atas Lot 472, Mukim Cheng, Daerah Melaka Tengah, Melaka Untuk Tetuan Persatuan Eng Choon Melaka
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib 1993)
23-02-2023
PLANMalaysia@Melaka menganjurkan Taklimat Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib 1993) oleh Tuan Shaifulfazlee Bin Mohamad, Ketua Unit Integriti, Jabatan Ketua Menteri Melaka
Penutup Audit Surveillance MS ISO 9001:2015
07-02-2023
Penutup Audit Surveillance MS ISO 9001:2015 di Bilik Mesyuarat Hang Tuah, PLANMalaysia@Melaka. Mesyuarat dipengerusikan oleh TPr Norjafni bin Zainuddin, Pengarah PLANMalaysia@Melaka.
Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran (Pra JSTP) Bagi Draf RTMPAG 2035 (Penggantian)
01-02-2023
Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran (Pra JSTP) Bagi Draf RTMPAG 2035 (Penggantian)
Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran (Pra JSTP) Bagi Draf RTMPJ 2035 (Penggantian)
30-01-2023
Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran (Pra JSTP) Bagi Draf RTMPJ 2035 (Penggantian)
Mesyuarat Penyelarasan Laporan Impak SIA bagi cadangan penambakan laut seluas 1140 ekar bagi tujuan pembangunan pelabuhan antarabangsa di kawasan bandar XLII
29-01-2023
Mesyuarat Penyelarasan Laporan Impak SIA bagi cadangan penambakan laut seluas 1140 ekar bagi tujuan pembangunan pelabuhan antarabangsa di kawasan bandar XLII, yang dipengerusikan oleh TKP Pembangunan TPr. Haji Hassan bin Yaakob
Mesyuarat Kebenaran Merancang di bawah Subseksyen 5(2), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]
11-01-2023
Mesyuarat Kebenaran Merancang di bawah Subseksyen 5(2), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] yang dipengerusikan oleh  Tuan Pengarah PLANMalaysia@Melaka pada 12 Januari 2023 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat Hang Tuah, PLANMalaysia@Melaka
Mesyuarat Penilaian Impak Sosial (SIA) Negeri Melaka Bil.2/2022
19-12-2022
Mesyuarat Penilaian Impak Sosial (SIA) Negeri Melaka Bil.2/2022 yang dipengerusikan oleh Tuan Pengarah PLANMalaysia@Melaka telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Hang Tuah, PLANMalasyai@Melaka, Aras 5 Wisma Negeri pada 20 Disember 2022.
Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Rancangan Pemajuan Negeri Melaka (JPRPM) Bil.4/2022 Bagi Kajian Laporan Pemantauan Perancangan Fizikal Negeri Melaka 2022 - Peringkat Laporan Draf Akhir
14-12-2022
Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Rancangan Pemajuan Negeri Melaka (JPRPM) Bil.4/2022 Bagi Kajian Laporan Pemantauan Perancangan Fizikal Negeri Melaka 2022 - Peringkat Laporan Draf Akhir. Mesyuarat bertempat di Hotel Ames, Melaka ini telah di Pengerusikan oleh Tuan Badaruddin bin Mohd Kassim (TSUK (Pembangunan)
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal Bil.4/2022 Bagi Kajian Pelan Induk Pelancongan Negeri Melaka 2035 - Peringkat Laporan Draf Akhir.
14-12-2022
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal Bil.4/2022 Bagi Kajian Pelan Induk Pelancongan Negeri Melaka 2035 - Peringkat Laporan Draf Akhir. telah dijalankan di Hotel Ames, Melaka pada 15 Disember 2022. Mesyuarat ini telah di Pengerusikan oleh Tuan Badaruddin bin Mohd Kassim (TSUK (Pembangunan)
Mesyuarat Jawatankuasa MS ISO 37001:2015 ANTI BRIBERY MANAGEMENT SYSTEMS (ABMS) PLANMalaysia@Melaka
09-11-2022
Mesyuarat Jawatankuasa MS ISO 37001:2015 ANTI BRIBERY MANAGEMENT SYSTEMS (ABMS) PLANMalaysia@Melaka berlangsung dari 10-12 November 2022 bertempat di Johor Bahru.
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal Bil.3/2022 bagi Kajian Pelan Induk Pelancongan Negeri Melaka 2035 Peringkat Laporan Draf Awal
13-11-2022
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal Bil.3/2022 bagi Kajian Pelan Induk Pelancongan Negeri Melaka 2035 Peringkat Laporan Draf Awal yang dipengerusikan oleh Tuan Badaruddin bin Mohd Kassim (TSUK) di Bilik Mesyuarat Gunasama, Aras 4, Menara Persekutuan
Taklimat dan lawatan tapak di Jerai Geopark, Kedah
14-11-2022
Taklimat dan lawatan tapak di Jerai Geopark, Kedah bersama agensi teknikal iaitu Jabatan Mineral dan Geosains, BPEN, MPSPk dan Komuniti Jerai Geopark, Kedah.
# MYHRMIS MOBILE # # # # # # # # # # # #
#
PlanMalaysia - Rancangan Struktur Yang Telah Diwartakan Mengikut Negeri # #
#
# # # # # Freedom of Information

Privacy Policy