...

IMEJ BANDAR MASJID TANAH

Buku Imej Bandar Masjid Tanah ini diterbitkan sebagai bacaan ilmiah yang santai untuk pembaca menghayati era perancangan pembangunan iaitu sebuah pekan kecil di dalam Daerah Alor Gajah yang terletak di utara Bandaraya Melaka.

Buku ini memberi tumpuan kepada perancangan fizikal, bermula dengan sejarah perwujudan pekan ini, diikuti dengan perkembangan Masjid Tanah dan aktiviti sokongan lain yang menjadi pemangkin pemesatan pertumbuhan bandar ini sekitar tahun 1920-an sehingga kini.

Penulisan buku ini juga telah diolah semula berdasarkan kajian lisan yang dibuat bersama masyarakat setempat. Seterusnya beberapa bahagian ;ain berdasarkan tinjauan semasa di lokasi yang disokong oleh rujukan ilmiah dan sumber-sumber lain yang berkaitan.

Masjid Tanah suatu ketika dahulu adalah sebuah pekan hab-perdagangan yang dibawa daripada Kota Melaka ke daerah-daerah sekitar utara Negeri Melaka dan Alor Gajah dan juga sebaliknya. Masjid Tanah dihuni oleh pelbagai lapisan masyarakat yang penduduk utamanya adalah berbangsa Melayu.

Disebabkan lokasinya yang berada di dalam Daerah Alor Gajah dan berdekatan dengan sempadan Negeri Sembilan, sebilangan besar dari penduduk Masjid Tanah dan kampung-kampung sekelilingnya bertutur dalam loghat Negeri Sembilan atau loghat Minang, atau lebih dikenali oleh orang Masjid Tanah dengan loghat 'Hulu' atau 'Cakap Hulu'.

Masjid Tanah mendapat nama sempena sebuah masjid yang terletak di tengah-tengah pekan yang dibina daripada tanah di tepian sungai. Lokasinya terletak di dalam Pekan Masjid Tanah. Masjid ini dibina pada tahun 1800-an oleh seorang Sheikh yang berasal dari Gujerat. Namun Hj. Sulong bin Sibeng merupakan orang tempatan yang turut bekerja keras dalam pembinaannya. Pada awalnya pembinaan masjid ini berasaskan tanah. Oleh hal yang demikian, masjid tersebut dikenali sebagai Masjid Tanah. Masjid ini menjadi tempat sembahyang bagi orang-orang dari Kampung Tengah, Kampung Durian Daun dan beberapa kampung lain sebelum kewujudan masjid-masjid disetiap kampung di kawasan Masjid Tanah.

No
Keterangan
Tarikh / Jenis / Saiz
Tindakan
1
Imej Bandar Masjid Tanah
Tarikh Dimuatnaik: 20 Dec 2023
Saiz: 36.48 MB
20 Dec 2023
PDF | 36.48 MB
 
Untuk membuka fail ini, anda perlu memuat-turun Adobe Reader di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader
# MYHRMIS MOBILE # # # # # # # # # # # #
#
PlanMalaysia - Rancangan Struktur Yang Telah Diwartakan Mengikut Negeri # #
#
# # # # # Freedom of Information

Privacy Policy