...

Soalan Lazim

Umum
Siapa yang bertanggungjawab dalam membuat perancangan ini?

Di Semenanjung Malaysia, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri sama-sama bertanggungjawab ke atas perancangan bandar dan desa, di mana Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia berfungsi memberi nasihat secara menyeluruh ke atas dasar-dasar perancangan negara kepada semua Kementerian, Jabatan Kerajaan dan separa Kerajaan. Manakala Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri berfungsi untuk memberi nasihat kepada Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan di negeri masing-masing di samping mengawal pembangunan.

Apakah Perancangan Bandar?

Perancangan Bandar dikenali sebagai "Perancangan fizikal" atau "perancangan kegunaan tanah". Dengan lain perkataan ianya adalah satu seni dan sains dalam membentuk pertumbuhan dan pembangunan fizikal, sosial dan ekonomi kawasan-kawasan bandar dan juga luar Bandar dengan mengambilkira aspek alam sekitar dan kehendak masyarakat.

Apakah konsep perancangan?

Satu bidang yang dapat menentukan persekitaran kehidupan dan tempat tinggal yang sempurna, selesa dan berkualiti melalui gabungan alam bina dan alam sekitar secara harmoni. Ianya melalui proses analisis keadaan semasa, kenalpasti isu, masalah dan potensi mengemukakan cadangan bagi dasar tindakan dan perancangan serta kawalan penggunaan tanah.

Apakah peruntukan undang-undang bagi aktiviti Perancang Bandar?

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) merupakan peruntukan undang-undang yang menyeluruh dan lengkap bagi tujuan perancangan bandar dan desa. Akta ini menjelaskan siapa yang berperanan dan bertanggungjawab dalam bidang tugas dan aktiviti-aktiviti perancangan bandar.

#BBD0E0 �
Apakah akibat bagi pembangunan tanpa perancangan?

Kawasan yang dibangunkan seperti bandar dan desa akan tumbuh dengan tidak terkawal menyebabkan penggunaan tanah yang tidak optimum dan menjurus kepada kepincangan serta konflik fungsi gunatanah. Ini mewujudkan pembangunan yang tidak seimbang dan sebagai akibat wujudlah pelbagai masalah seperti masalah sosial dan alam sekitar.

Apa itu Rancangan Pembangunan?

Rancangan Pembangunan terdiri daripada Rancangan Fizikal Negara, Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan Daerah, Rancangan Kawasan Khas. Ianya menjadi dokumen rujukan yang sah untuk rangkakerja perancangan, menggalakkan pembangunan pihak berkuasa negeri (PBN).

Siapakah yang terlibat dalam proses penyediaan rancangan pembangunan?

Antara pihak yang terlibat dalam proses penyediaan rancangan pembangunan adalah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBDSM) dibantu oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka (JPBD Melaka) serta Pihak Berkuasa Negeri (PBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan jabatan teknikal lain. Di samping itu, pihak pemaju dan orang awam turut terlibat serta.

Apakah peranan awam dalam penyediaan rancangan pemajuan?

Penyertaan Awam merupakan satu proses yang penting dalam perancangan bagi memastikan rancangan pemajuan seperti rancangan struktur (RS) dan rancangan tempatan (RT) dapat memenuhi hasrat dan pandangan masyarakat umum. Justeru pembangunan yang mampan dapat dicapai.

Apakah Rancangan Fizikal Negara (RFN) ?

RFN adalah rancangan reruang ”spatial” negara yang memberi panduan strategik mengenai arah dan corak pembangunan fizikal negara.

Apakah Rancangan Struktur Negeri (RSN) ?
Merupakan satu penyertaan bertulis yang mengemukakan dasar-dasar dan cadangan-cadangan am mengenai pemajuan gunatanah termasuk langkah-langkah mengawal alam sekitar dari segi fizikal, perhubungan dan lalulintas bagi jangkamasa 15 hingga 20 tahun.
Apakah Rancangan Tempatan (RT)?
Merupakan suatu perancangan terperinci yang menterjemahkan polisi-polisi dan cadangan-cadangan yang terkandung dalam Rancangan Struktur kepada zoning gunatanah atau perancangan fizikal yang lebih terperinci. Ia menunjukkan tatatur pembangunan secara berskala besar bagi suatu kawasan yang dilengkapi dengan pernyataan bertulis untuk menerangkan dasar-dasar dan butir-butir lanjut mengenai pembangunan tersebut. Biasanya rancangan tempatan disediakan untuk satu daerah.
Apakah Rancangan Kawasan Khas (RKK)?
Rancangan kawasan khas adalah suatu kawasan yang telah ditetapkan sebagai kawasan bagi pengolahan khas dan terperinci dengan cara pemajuan, pemajuan semula, pengelokan, pemeliharaan atau amalan pengurusan atau sebahagiannya dengan satu kaedah atau sebahagian lagi dengan kaedah yang lain, bagi seluruh atau sebahagian kawasan khas itu, dan jenis pengolahan yang dicadangkan.
Apakah Laporan Cadangan Pemajuan?
Laporan Cadangan Pemajuan adalah satu laporan yang dikehendaki disediakan mengikut peruntukan Seksyen 21A,Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Pindaan1995, yang perlu dikemukakan bersekali dengan pelan tatatur yang dikemukakan samada untuk permohonan tukar syarat, pecah sempadan atau mendirikan bangunan di mana yang berkaitan. Ianya membentangkan asas-asas perancangan, rasional-rasional dan justifikasi yang dapat mengukuhkan kesesuaian cadangan-cadangan pemajuan. Juga dapat membantu kelicinan proses pertimbangan oleh Pihak Berkuasa Kerajaan terhadap permohonan yang dikemukan.
Apa itu Kebenaran Merancang?
Menurut Akta 172, Kebenaran Merancang ertinya kebenaran yang diberikan, dengan atau tanpa syarat, untuk menjalankan pemajuan. Kebenaran Merancang hendaklah diperolehi daripada Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) sebelum sesuatu pemajuan dapat dimulakan mengikut seksyen 19. Permohonan mendapatkan Kebenaran Merancang hendaklah mengikut bentuk dan mengandungi butir-butir, dan disertakan dengan dokumen-dokumen dan pelan-pelan yang ditetapkan oleh PBPT sebagaimana diperuntukan mengikut seksyen 21 (1). Seksyen 21 (3) berkehendakkan supaya jika permohonan melibatkan pendirian bangunan, maka PBPT boleh mengarahkan pemohon mengemukakan butiran-butiran seperti aras tapak bangunan, ketinggian dan anjak belakang bangunan dan sebagainya.
Siapa yang memberi Kebenaran Merancang?
Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) iaitu Majlis Bandaraya/Majlis Perbandaran/Majlis Daerah yang memberi kebenaran merancang secara bertulis keatas permohonan yang dikemukakan oleh pemohon.
Apakah Kegunaan Kebenaran Merancang?
Ianya untuk PBT mengawal perancangan dan pembangunan serta menjadi satu bentuk tanggungjawab terhadap PBT yang meluluskan dan menjalankan kerja-kerja pembangunan. 
Apakah kesan jika pembangunan dijalankan tanpa / tidak memenuhi Kebenaran Merancang?
Ianya merupakan kesalahan mandatori dibawah Akta 172. Sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM500,000.00 atau penjara dua(2) tahun atau kedua-duanya sekali.Denda akan dikenakan sehingga RM5000.00 setiap hari kesalahan berterusan
Apakah itu Khidmat Nasihat Perancangan?
Khidmat Nasihat Perancangan adalah perkhidmatan jabatan ini yang berkaitan dengan perancangan fizikal atau guna tanah kepada orang awam sebelum mengemukakan permohonan rasmi kepada PBT / Pejabat Daerah. Ianya disediakan melalui perkhidmatan di kaunter dan juga melalui panggilan telefon. Walaubagaimanapun, nasihat melalui panggilan telefon adalah tidak digalakkan kerana kurang jelas dari segi maklumat dan kekangan masa.
Bolehkah pemohon membuat pertanyaan dan semakan perancangan?
Bahagian Kawalan Perancangan bersedia menjawab sebarang pertanyaan melalui telefon, di kaunter dan secara online melalui laman web berhubung dengan masalah permohonan perancangan. 
Apakah maklumat yang diperlukan untuk melihat guna tanah bagi lot pemohon?
Pemohon perlu mengemukakan ;
No Lot Mukim dan No Syit bagi memudahkan mendapatkan maklumat berkenaan guna tanah bagi lot tersebut.
Berapa lamakah masa yang diambil oleh jabatan untuk memproses permohonan perancangan?
Mengikut Piagam Pelanggan Jabatan, masa yang di ambil adalah selama 14 hari bekerja jika maklumat yang disediakan lengkap
# MYHRMIS MOBILE # # # # # # # # # # # #
#
PlanMalaysia - Rancangan Struktur Yang Telah Diwartakan Mengikut Negeri # #
#
# # # # # Freedom of Information

Privacy Policy