...

MAKLUMAT GUNATANAH

dronBahagian Geospatial Melaka bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan data spatial dan non-spatial. GIS membawa maksud kepada Geographic Information System iaitu sistem maklumat yang berupaya untuk menyimpan, memapar, menganalisis dan memanipulasi data yang berkaitan dengan data spatial. Komponen-komponen GIS terdiri daripada 5 perkara iaitu Personel, Perisian, Perkakasan, Data dan Kaedah. Secara umumnya data GIS dibahagikan kepada spatial dan non-spatial. 

Data spatial boleh dibahagikan kepada bentuk raster dan vektor.Data vektor boleh diperolehi dengan cara ukuran di lapangan atau melalui proses membangunan data peta menggunakan perisan tertentu. Juga seperti data vektor, data raster diperolehi secara terus melalui proses cerapan dilapangan seperti melalui kaedah fotoudara dan remote sensing. Data non-spatial pula terdiri daripada sumber data berbentuk jadual/atribut yang terdiri daripada pelbagai format data sama ada berbentuk cetakan (hardcopy) atau digital. Data-data mengandungi senarai maklumat seperti maklumat hartanah, penilaian, banci penduduk, pendidikan dan lain-lain. Data-data ini disimpan dan diuruskan dengan menggunakan teknologi perisian pangkalan data seperti ORACLE, SYBASE, ACCESS, MYSQL dan sebagainya. GIS berupaya untuk mengabungkan kedua-dua bentuk data spatial dan non-spatial ini untuk menghasilkan sebuah pangkalan data yang lebih baik terperinci dan mudah difahami.


Aplikasi MeLGIS (Melaka Geographic Information System) adalah merupakan satu inisiatif PLANMalaysia@Melaka bagi memastikan sistem penyampaian berkualiti yang berteraskan perancangan jangka panjang di dalam perkhidmatan perancangan Bandar. Aplikasi ini selars dengan hasrat menjayakan salah satu strategik ICT diperingkat Negeri Melaka serta orang awam boleh mengakses data geospatial dalam satu aplikasi yang sama secara atas talian (online). Satu Majlis Pelancaran MeLGIS telah diadaan pada 26/5/2016 di Hotel Novotel, Melaka sempena hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Melaka yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Ar. Hj. Ismail bin Hj. Othman, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar.

PLANMalaysia@Melaka juga telah melebarkan sayap kepada penggunaan UNMANNED ARIEAL VEHICLE (UAV) pesawat udara tanpa pemandu bagi menyokong keperluan Imej Resolusi Tinggi di Melaka khususnya dalam bidang pemetaan dan perancangan gunatanah oleh pihak Kerajaan Negeri. Sistem UAV boleh digunakan bukan sahaja untuk pemetaan berskala besar tetapi ia juga boleh digunakan untuk penyelidikan saintifik dan menghasilkan ketepatan yang baik. Sistem UAV mempunyai potensi besar untuk digunakan sebagai aplikasi pelbagai, pemerolehan data yang cepat, kos rendah dan menghasilkan keputusan yang tepat.

Selain itu, data dan maklumat GIS Guna Tanah Negeri Melaka juga boleh diperolehi dalam bentuk Pelan Pemetaan dan Data Digital di JPBD Melaka. Untuk mendapatkan maklumat tersebut, anda bolehlah menulis surat secara rasmi kepada :-

Pengarah,
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka
Aras 5, Wisma Negeri, Hang Tuah Jaya, M.I.T.C,
75450, Ayer Keroh, Melaka

Harga Pelan Pemetaan adalah seperti berikut:

Pelan Pemetaan
Pelan Berwarna
Pelan Tidak Berwarna
Saiz Pelan
Harga (RM)
Saiz Pelan
Harga (RM)
A4
25.00
A4
10.00
A3
50.00
A3
25.00
A2
75.00
A2
35.00
A1
100.00
A1
50.00
A0
150.00
A0
70.00

Kadar Caj Data Spatial Digital adalah seperti berikut:

Kapasiti Data
Harga (RM)
100KB pertama dan ke bawah
50.00
101KB - 300KB seterusnya
100.00
301KB - 500KB seterusnya
200.00
501KB - 700KB seterusnya
300.00
701KB - 999KB seterusnya
400.00
1,000KB - 2,000KB seterusnya
500.00
Bagi setiap kapasiti data yang melebihi 2,001kb ke atas, kadar caj setiap 1,000kb yang berikutnya dikenakan sebanyak RM30.00 30.00

Kadar Caj Data Spatial Digital (Bagi permohonan dari agensi kerajaan yang memohon untuk perunding yang menjalankan kajian kerajaan):

Kadar Caj Secara Lump Sump Harga (RM)
Data Peringkat Negeri
  • Data Asas Gunatanah Semasa
  • Data Pembangunan Komited
  • Data Perancangan Zoning Gunatanah
5,000.00
5,000.00
5,000.00
Data Peringkat Daerah
  • Data Asas Gunatanah Semasa
  • Data Pembangunan Komited
  • Data Perancangan Zoning Gunatanah
3,000.00
3,000.00
3,000.00
Data Peringkat PBT dan Mukim
  • Data Asas Gunatanah Semasa
  • Data Pembangunan Komited
  • Data perancangan Zoning Gunatanah
1,000.00
1,000.00
1,000.00
Data Peringkat Lot (Radius 100 meter)
  • Pertambahan RM50.00 bagi setiap 100 meter radius berikutnya
500.00

Jadual kadar caj bagi pengguna Aplikasi MeLGIS adalah seperti berkut :

NO

KATEGORI

KADAR CAJ

PENGGUNA BISNES

1 BULAN

3 BULAN

6 BULAN 1 TAHUN
1

Agensi Kerajaan (Ahli Kumpulan Kerja Data Geospatial)

PERCUMA

2

Agensi Kerajaan (Selain Ahli Kumpulan Kerja Data Geospatial)

50

100

150 200
3

Swasta/Lain-lain Pengguna

200

300

400 500

PENGGUNA AWAM

PERCUMA

PENGGUNA KORPORAT (KAKITANGAN JPBDM)

PERCUMA

PELAJAR / INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)

PERCUMA DENGAN SYARAT

i. Membawa Surat pengesahan dari Dekan IPT berkaitan

ii. Salinan kajian perlu diserahkan kepada Unit GIS Negeri setelah kajian yang dijalankan diperakukan sah oleh pihak Universiti.

Jadual Kadar Caj Data UAV

NO

KAPASITI DATA

HARGA (RM)

1

Data UAV minimum 200 hektar

5,000.00

2

Kadar petambahan setiap 1 hektar

30.00

Jadual Kadar Caj Data Rancangan Pemajuan

NO

SENARAI RANCANGAN PEMAJUAN

HARGA CD (RM) HARGA PENDRIVE (P)/ LAPORAN (L) (RM)
1

Rancangan Struktur Negeri (RSN)

50.00 P = 150.00
L = Tiada
2

Rancangan Tempatan Daerah (RT) dan Rancangan Kawasan Khas (RKK) 

50.00 P = 150.00
L = Tiada
3

Kajian-kajian lain yang akan dibuat pada masa akan datang  (Garis Panduan & Piawaian Perancangan Negeri Melaka (Edisi 2)

50.00 P = Tiada
L = 150.00

Jadual Kadar Harga Garis Panduan & Piawaian Kawalan Perancangan

NO

JENIS DATA

HARGA CD (RM) HARGA LAPORAN HARDCOPY (RM)
1

Garis Panduan Perancangan Kawasan Lapang dan Rekreasi Negeri Melaka (GPP 001-M)

- 35.00
2

Garis Panduan Perancangan Komunikasi (Struktur Pemancar) Sebagai Utiliti Ketiga Negeri Melaka (GPP 002-M)

- 35.00
3 Garis Panduan Perancangan Rumah Penyembahan Selain Islam Negeri Melaka (GPP 003-M) - 35.00
4 Garis Panduan Perancangan Kebenaran Merancang Tempoh Terhad Negeri Melaka (GPP 004-M) - 35.00
5 Garis Panduan Perancangan Laluan Basikat dan Pejalan Kaki Negeri Melaka (GPP 005-M) 50.00 35.00
6 Garis Panduan Perancangan Perumahan Negeri Melaka (GPP 006-M) 50.00 -

Nota : Untuk maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Geospatial Melaka di talian 06-333 3333 samb: 5142. Untuk pembelian data, sila muat-turun borang di bawah :

No
Keterangan
Tarikh / Jenis / Saiz
Tindakan
1
BORANG PERMOHONAN PELAN PEMETAAN ATAU DATA DIGITAL
Tarikh Dimuatnaik: 27 Dec 2022
Saiz: 935.99 KB
27 Dec 2022
PDF | 935.99 KB
 
Untuk membuka fail ini, anda perlu memuat-turun Adobe Reader di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader
# MYHRMIS MOBILE # # # # # # # # # # # #
#
PlanMalaysia - Rancangan Struktur Yang Telah Diwartakan Mengikut Negeri # #
#
# # # # # Freedom of Information

Privacy Policy