...

BANDAR SELAMAT

Pada awal tahun 2004, Jemaah Menteri telah mengarahkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyediakan satu program bagi membenteras kegiatan jenayah di peringkat PBT.

Pada akhir tahun 2004, KPKT telah memperakukan 23 langkah Pencegahan Jenayah di bawah Program Bandar Selamat yang melibatkan 3 strategi iaitu merekabentuk persekitaran fizikal, memperkasakan kawasan sasaran serta kegiatan sosial / kemasyarakatan dan pendidikan / kesedaran awam.

Sejak Disember 2005, Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan telah melaporkan pelaksanaan Program Bandar Selamat bagi  Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran kepada Kabinet berdasarkan jumlah langkah yang dilaksanakan oleh PBT.

Definisi Bandar Selamat ialah bandar yang bebas dari semua ancaman fizikal, sosial dan mental. Persekitarannya sentiasa dalam keadaan paling terpelihara. Tidak menimbulkan suasana yang boleh menggalakkan kejadian mengganggu-gugat kesejahteraan setempat. Penghuni sentiasa berada dalam keadaan yang paling selamat, sejahtera, sihat dan ceria.

Terdapat 4 matlamat utama untuk mewujudkan Bandar Selamat :

  • Bandar yang bebas dari keganasan (violence) merosakkan harta benda dan nyawa seperti gejala ragut, pecah rumah, kecurian dan sebagainya;

  • Bandar yang bebas dari kemusnahan dan malapetaka ekoran bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh;

  • Bandar yang bebas dari kemerosotan sosial dan moral (social and moral decay) seperti penagihan dadah, kecurian, jenayah kolar putih, rasuah, salah guna kuasa, hilang integriti dan sebagainya; dan

  • Bandar yang bebas dari kemalangan dalam dan luar bangunan seperti kemalangan jalan raya, jatuh dari bangunan, kebakaran dan sebagainya.

Terdapat 5 langkah perlaksanaan segera, iaitu :-

BIL
LANGKAH-LANGKAH
GAMBAR
1 Pengasingan Laluan Pejalan Kaki dengan Jalan Bermotor
2 Penyediaan Bollard atau Pagar
3 Mencuci / Mengemas Kawasan-Kawasan Semak dan Terlindung
4 Laluan Awam Tidak Terlindung Atau Terhalang Dari Pandangan Awam
5 Mencahayakan / Menerangkan Kawasan-Kawasan Gelap Yang Menjadi Sasaran Atau Tumpuan Penjenayah

Senarai Kehadiran Mesyuarat/Bengkel oleh PlanMalaysia@Melaka (Januari hingga Ogos 2017)

NO
KETERANGAN
TARIKH
KAWASAN

1.

Mesyuarat Jawatankuasa Program Bandar Selamat dan Perancangan Bandar Bil. 1/2017

21 Mac 2017

MPAG

2.

Mesyuarat Membincangkan Program Bandar Selamat Di Sekolah Menengah Hang Kasturi Masjid Tanah, Melaka

5 April 2017

MPAG

3.

Mesyuarat Jawatankuasa Program Bandar Selamat Daerah Jasin Bil. 3/2017

13 Jun 2017

MPJ

4.

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Program Bandar Selamat Bil. 1/2017

12 Jun 2017

MBMB

5.

Bengkel Keselamatan dan Pertahanan Diri dan Harta : Perancangan Pembangunan Mampan : Program Bandar Selamat Majlis bagi Tahun 2017 Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya

26 Julai 2017

MPHTJ

# MYHRMIS MOBILE # # # # # # # # # # # #
#
PlanMalaysia - Rancangan Struktur Yang Telah Diwartakan Mengikut Negeri # #
#
# # # # # Freedom of Information

Privacy Policy