...

IMEJ BANDAR MELAKA TENGAH

E-Coffee Table ini adalah mengetengahkan skop revolusi perkembangan perancangan bandar di daerah Melaka Tengah. Ia amat sesuai untuk dijadikan bahan rujukan selain merungkai keunikan dan keindahan Melaka Tengah daripada pelbagai perspektif. Daerah Melaka Tengah berkeluasan 314 kilometer persegi dan mengandungi 29 buah mukim. Melaka Tengah mempunyai Tapak Warisan UNESCO yang telah diiktiraf pada 7 Julai 2008 dengan keluasan 287.63 hektar.
E-Coffee Table ini menceritakan serba sedikit sejarah pembukaan kota Melaka bermula dari zaman Parameswara (1400 – 1424), diikuti Sultan Muhammad Shah (1424 – 1444). Raja Ibrahim (Sultan Abu Syahid) hanya memerintah Melaka selama setahun dan diambilalih oleh Sultan Muzaffar Shah bermula tahun 1445 – 1458. Pada tahun 1458 – 1477, Melaka diperintah oleh Sultan Mansur Shah dan kemudian Sultan Alauddin Riayat Shah (1477 – 1488). Sebelum berakhirnya zaman kesultanan di Melaka, Sultan Mahmud Shah bertahta dari tahun 1488 sehingga tahun 1511. Pada tahun tersebut juga, Melaka bermula fasa pemerintahan oleh penjajah.
Muat Turun

Di dalam E-Coffee Table ini turut menceritakan keunikan Melaka di mata dunia sehingga menjadi satu kawasan tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Hasil dari perkahwinan campur ketika zaman pemerintahan penjajah, Melaka mempunyai pelbagai komuniti seperti Bugis, Portugis, Chetti dan Baba Nyonya. Semua komuniti ini turut diceritakan serba sedikit di dalam E-Coffee Table ini.

Di dalam E-Coffee Table ini juga menerangkan sistem perhubungan, kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di Melaka Tengah. Kesemua elemen ini penting di dalam perkembangan sesuatu bandar itu. Melaka yang dijajah oleh negara-negara Eropah banyak mempengaruhi gaya reka bentuk bangunan dan ini menjadikan bangunan di Melaka Tengah ini sangat unit dan mempunyai nilai warisan yang tinggi.

# MYHRMIS MOBILE # # # # # # # # # # # #
#
PlanMalaysia - Rancangan Struktur Yang Telah Diwartakan Mengikut Negeri # #
#
# # # # # Freedom of Information

Privacy Policy